Selasa, 14 April 2009

Dua.

Dulu,setiap kali apabila melihat ke matanya,aku boleh nampak seperti ada pelangi yang memancar,tapi kini sudah berbeza.Pelangi itu semakin lama semakin hilang dan pudar,malahan ia bertukar menjadi warna yang sangat kelam dan gelap.

Kenapa?

Adakah dunia berputar terlalu cepat dan aku sebagai manusia yang penuh dengan khilaf memang ternyata sudah tertinggal jauh kini?Maka sudah tentu sahaja aku juga sudah tak sedar akan hakikat perubahan yang dia alami.

Tak ada orang yang tahu akan semua ini.Pakcik menjual suratkhabar itu.Makcik menjual sayur itu.Mamak yang sedang menebar roti canai itu.Anak sekolah yang sedang belajar mengira itu.Cikgu yang sedang menanda kertas peperiksaan itu.Polis yang sedang mengejar penjahat itu.Penjahat yang sedang berpeluh melarikan diri itu.Tidak.Semua mereka terlalu sibuk untuk sedar.

Hatta mereka yang bergelar kawan sekalipun.

Mereka pasti barangkali menebak kalau aku kini sedang menyembunyikan sesuatu soal tempoh hari di klinik itu.Mujur-mujur juga ada yang fikir aku kini sedang sakit teruk.

I am sick,indeed.Tapi bukan sakit yang bisa mereka analisiskan daripada ujian x-ray atau pun ujian darah.Bukan.Bukan yang itu.

Petang itu.Aku ke klinik yang berhampiran dengan rumah.Batuk yang masih lagi bersisa dan suhu badan yang tinggi dan belum juga kebah buatkan kaki aku terpaksa melangkah benci ke klinik.Doktor bilang menda yang biasa akan kau dengar kalau kau dilanda demam.Dan kemudian aku mendapatkan dos-dos ubat di kaunter.

Dan ketika itu.

Ketika itu adalah saat di mana aku melihat dia.Berkali-kali jari jemari ini menonyoh mata.Bagai tak percaya.Kali terakhir aku melihat dia,kali pengakhiran kami berjumpa;peristiwa itu bukanlah seindah yang dimahukan dalam satu hubungan yang bernama persahabatan.

Bagai ditakhluk kuasa halus mana,aku terus mengatur langkah menuju kepada tempat duduknya dia.Menepuk lembut bahunya.Dia memusingkan kepalanya.Mata itu.Senyum itu.

They looked like they were hiding a story.Seperti menyimpan dengan pedih dalam diam.

Hai,Rin.

Hai.

Pertemuan kami ternyata tak berhenti di situ saja.Kami menganjak masa terus bersembang-sembang selepas itu di satu kafe yang dulu pernah jadi tempat kesukaan kami.Dan di situ jugalah,aku menemukan satu hakikat tentang dia yang selama ini tersimpan kemas.


Kubang Kerian,14 April 2009

2 komentar: