Selasa, 14 April 2009

Dua.

Dulu,setiap kali apabila melihat ke matanya,aku boleh nampak seperti ada pelangi yang memancar,tapi kini sudah berbeza.Pelangi itu semakin lama semakin hilang dan pudar,malahan ia bertukar menjadi warna yang sangat kelam dan gelap.

Kenapa?

Adakah dunia berputar terlalu cepat dan aku sebagai manusia yang penuh dengan khilaf memang ternyata sudah tertinggal jauh kini?Maka sudah tentu sahaja aku juga sudah tak sedar akan hakikat perubahan yang dia alami.

Tak ada orang yang tahu akan semua ini.Pakcik menjual suratkhabar itu.Makcik menjual sayur itu.Mamak yang sedang menebar roti canai itu.Anak sekolah yang sedang belajar mengira itu.Cikgu yang sedang menanda kertas peperiksaan itu.Polis yang sedang mengejar penjahat itu.Penjahat yang sedang berpeluh melarikan diri itu.Tidak.Semua mereka terlalu sibuk untuk sedar.

Hatta mereka yang bergelar kawan sekalipun.

Mereka pasti barangkali menebak kalau aku kini sedang menyembunyikan sesuatu soal tempoh hari di klinik itu.Mujur-mujur juga ada yang fikir aku kini sedang sakit teruk.

I am sick,indeed.Tapi bukan sakit yang bisa mereka analisiskan daripada ujian x-ray atau pun ujian darah.Bukan.Bukan yang itu.

Petang itu.Aku ke klinik yang berhampiran dengan rumah.Batuk yang masih lagi bersisa dan suhu badan yang tinggi dan belum juga kebah buatkan kaki aku terpaksa melangkah benci ke klinik.Doktor bilang menda yang biasa akan kau dengar kalau kau dilanda demam.Dan kemudian aku mendapatkan dos-dos ubat di kaunter.

Dan ketika itu.

Ketika itu adalah saat di mana aku melihat dia.Berkali-kali jari jemari ini menonyoh mata.Bagai tak percaya.Kali terakhir aku melihat dia,kali pengakhiran kami berjumpa;peristiwa itu bukanlah seindah yang dimahukan dalam satu hubungan yang bernama persahabatan.

Bagai ditakhluk kuasa halus mana,aku terus mengatur langkah menuju kepada tempat duduknya dia.Menepuk lembut bahunya.Dia memusingkan kepalanya.Mata itu.Senyum itu.

They looked like they were hiding a story.Seperti menyimpan dengan pedih dalam diam.

Hai,Rin.

Hai.

Pertemuan kami ternyata tak berhenti di situ saja.Kami menganjak masa terus bersembang-sembang selepas itu di satu kafe yang dulu pernah jadi tempat kesukaan kami.Dan di situ jugalah,aku menemukan satu hakikat tentang dia yang selama ini tersimpan kemas.


Kubang Kerian,14 April 2009

Minggu, 29 Maret 2009

Satu.

Matahari bersinar terik,cuaca panas sangat sampai buat kulit menggerutu kesakitan.Fringe yang kini semakin panjang sampai menutup mata memang cukup mengganggu.

Why oh Why did I even got myself this silly fringe?

Need some changes konon.How naive I am to think that way?My life won't ever change just because I did cut my hair or that tremendous silly writing on blog or 2 hours -- nonstop session of changing clothes in front of the mirror and...and...

oh.my.god.


I DID too many things.Too many SILLY things yang mana kalau difikirkan balik adalah sungguh er...memalukan dan pathetic.

Just to get rid of that feeling out of my chest,far from my cerebral and cerebellum.

Sick of whining again and again just to myself,dan juga untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti orang gila yang bercakap seorang diri di bus stop,aku kemudian berhenti untuk terus berfikir menda yang kusut.

The next 5 minutes,I managed to remain calm and later, the bus has finally arrived.

And that's how my evening started,at 2 o'clock to be precised.

"Matahari di atas kepala riang bersinar,sementara aku pula menangis lebat dalam hati."




"Rin,whatever you did to your eyes,I just want to say;YOU LOOK LIKE AN OWL.Lebam besar ha bawah mata tu.Hahahaha,".

Duan can be quite annoying at times.

Aku cuma tersenyum kambing,tak tahu nak kata apa.Sebab apa yang Duan kata memang betul.I didn't sleep at all last night,and last 2 nights too,last 3 nights too,Oh wait,I actually didn't sleep at all untuk malam-malam yang seminggu ini.Haih.

Setiap malam,aku cuma tenung syiling lama-lama.Boring,aku bangun mengadap laptop.Log on to YM.Zaza,Amy dan Afrah semua sekaligus buzz aku.Aku tahu,semua pun nak tahu apa yang sebenarnya terjadi di klinik tempoh hari.

That,automatically buat aku sign out semula YM.Sebaliknya,aku log on ke blogger.Dan sejam kemudian,aku hanyut dalam tulisan-tulisan emosi aku.

I'm good at expressing my emotion;with a machine;a laptop to be exact.




Kuala Terengganu,29 Mac 2009